SEMINAR RUQYAH DAN MOTIVASI siri 2

Kata Hikmah

Friday 23 November 2012

Program Motivasi (Rumah Kasih, Kuala Pilah, Negeri Sembilan)


Duka Anak Yatim

Anak-anak kecil itu
Tiada berayah
Tiada beribu
Tiada tempat bermanja
Tiada tempat mengadu

Sepi Sendiri
Bergelimang duka
Bermandikan air mata
Adakah tempat
Di hati tuan
Untuk melarutkan
Deraian air mata
Untuk melabuhkan
Duka nestapa
Untuk menyelamatkan
Masa depan mereka
Anak-anak yatim itu


Dipetik dari: http://mulla71.multiply.com/journal/item/18












Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa yang memelihara dan mengasuh anak yatim dengan sebaik-baiknya, di kemudian hari, orang itu akan masuk syurga dan nanti tempatnya berdekatan dengan Nabi."

Pada ketika itu, Nabi mengisyaratkan jari telunjuk dengan jari tengahnya yang berdekatan dan tidak terhalang apa-apa.

Program Motivasi (SMK Telok Pangima Garang, Selangor)

Program motivasi ini melibatkan hampir 200 orang pelajar asrama SMK Telok Panglima Garang SMKTPG.

Kerjasama antara Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKTPG dan Ikatan Mahasiswa Johor USM (IKMAR)

Lebih memfokuskan kepada kerohanian, kesedaran, dan kaedah untuk kemasukan ke universiti.










Hapus Air Matamu!

Hapus air matamu sayang,
Sambut tanganku,
agar dapat kubantu dirimu kembali berdiri...
Letakkan tanganmu di bahuku,
agar aku bisa menjadi penguatmu...

Tuhan,
pinjamkan aku kekuatan agar dapat menguatkan dia,
pinjamkan dia kekuatan agar dapat kembali berdiri...

Tuhan,
bantulah aku,
agar aku dapat terus menggembirakan dia,
kerana aku bahagia bila dia bahagia...
kerana ukhuwwah ini kubina semata-mata mengharap redhaMu...

Hapus air matamu sayang,
kerana Tuhan itu DEKAT...

Program Kurusus Kepimpinan Pengawas (SMK St George Balik Pulau, Penang)


Program 2 in 1 
KEPIMPINAN + KAMPUS LIFE= PENGALAMAN


Kursus Kepimpinan 3 hari 2 malam ini telah di sertai oleh 80 orang pengawas-pengawas daripada SMK St George Balik Pulau, Pulau Pinang bertempat di Universiti Sains Malaysia.

Selain menjalankan aktiviti berkaitan dengan kepimpinan, program ini juga memfokuskan kepada aktiviti/permainan untuk membina semangat dan kepercayaan selain diisi dengan aktiviti berunsurkan kerohanian.

Disertai daripada pelajar yang berbilang kaum dan agama TETAPI tidak menjadi halangan kepada pihak kami untuk mencapai objektf dan matlamat yang digariskan.

Dibantu oleh Fasilitator yang terdiri daripada bakal-bakal GURU keluaran USM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian (aliran Sains & Sastera)






















"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." (Kata hikmah Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Program Motivasi (Kg Jayor, Pagoh, Johor)

Program ini melibatkan kerjasama antara Ikatan Mahasiswa Johor USM (IKMAR) dan juga Jabatan Penerangan Malaysia 

Disertai oleh remaja-remaja yang dipilih daripada beberapa buah kampung berhampiran untuk diberikan motivasi dan berkongsi pengalaman sebagai mahasiswa.

Dibantu oleh sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) yang mempunyai latar belakang pengajian aliran sains dan sastera.









 JOM UBAH Paradigma KITA!

Anak Kampung Juga Mampu Menerobos ANGKASA!

Anak Kampung Mampu Merentas SAMUDERA!

Anak kampung Juga MAMPU Menggoncang DUNIA!